curahan rintihan hati
Air mata kelelakianku gugur biarpun ditahan. Aku kecundang lantaran cinta yang terbina begitu lama terputus di tengah jalan.
Di dalam tidurku, aku menangis apabila mengenangkan berita mengenai pertunanganmu.
Sayangku,
Aku cukup terkilan dengan nokhtah cinta kita. Di lembah itu kita dipertemukan, segala pahit kita lalui dengan tabah sehinggalah kau mencapai kerjaya yang kau impikan. Aku cukup mENYUKAI kerjayamu apa lagi sikapmu.
Lantaran kesungguhanku untukmu, berbagai persediaan awal telah kubuat, uang hantaran kita dan cincin pertunangan. Kusimpan serdikit biarpun aku hanya menghasilkan kerja kampung.
Aku sadar sikap berdiam diriku memakan diri. Aku terlalu mengharapkan kawan sebagai perantaraan antara kisah kita. Puas sudah kukirim surat tapi tidak kesampaian. Alamat yang diberikan padaku oleh teman kita salah. . Dikhabarkannya pula bahawa aku sudah mempunyai insan lain.
Setelah bertunang, kau menghubungiku untuk memberitahu hal pertunanganmu. Aku cukup terkejut dan terkilan setelah mendengarnya. Aku tidak dapat menerima hakikat bahawa kau sudah bertunang. Kau akan
berdampingan dengan insan lain dan kau akan mengahwini orang lain. Aku tidak dapat menerima hakikat yang kau akan mendapat anak daripada lelaki lain… cukup tidak dapat aku terima. Lantaran kecewa dan terkilan dengan sikapmu, aku menghabiskan segala wang perbelanjaan dalam masa sebulan. Hatiku sebab apabila melihat wang dan cincin itu.
Juitaku,
Perempuan tetap dengan sikap hati perempuannya. Begitu mudah berubah. Pernahkah kaufikirkan pengorbanan yang aku lakukan demi cinta kita? Titisan keringatku gugur demi membaja cintaku padamu. Berapa lamakah
penantianku dalam membuang masa menantimu ? Sedikit pun tidak kauhargainya. Khabar angin mengatakan kau sedia menerima lelaki lain yang baru kaukenali. Cinta yang dibina seabad lama, dilupa seminit saaja. Aku cukup kecewa, sayang. Segala kerja tidak menjadi. Bayangan kecewa, terkilan, kesal membayangi setiap langkahku. Bulan tidak pernah berubah biarpun awan sentiasa menggamit lalu.
Aku menyadari diriku kini, insan haus yang mengharap seteguk air di padang pasir.
Biarpun puas kucoba menanam kebencian padamu demi masa depanku, tapi gagal dewiku. Kau cukup baik bagiku. Tidak ada kesalahan kucari demi untuk membencimu. Makin ku membencimu makin keliru pemikiran ini. Yang paling kutakut, kalau kau akan dipersiakan.
Bulan Oktober kau akan diijabkabulkan. Sukar untuk kuterima peristiwa manismu. Dalam luluh hati dan ketidakredaan terpaksa kulafazkan ‘Selamat Pengantin Baru’. Jangan dikenang saat manis antara kita demi kebahagiaan rumah tanggamu kerana kutahu kau adalah gadis baik.
Mungkin hati ini akan terubati. Mungkin sebulan, setahun, sepuluh tahun aku akan dapat melupakanmu. Dan yang nyata tragedi desember akan kuingat sampai mati. -
curahan hati
Tidak ada komentar:
Posting Komentar